October
2026
SIARAN MEDIA

UDA PUPUK GAYA HIDUP SIHAT MENERUSI ACARA FUN RUN 2026 SEMPENA
KARNIVAL HEBATKAN PERNIAGAAN MALAYSIA EDISI PULAU PINANG

Penyertaan 1,500 Peserta Semarakkan Karnival di Pulau Pinang

 

PULAU PINANG, 2 September 2026 – UDA Holdings Berhad (UDA), syarikat pembangunan hartanah dan pengurusan aset yang merupakan sebuah agensi di bawah seliaan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), terus memperkukuh agenda kelestarian serta memupuk gaya hidup sihat dalam kalangan komuniti menerusi penganjuran Fun Run 2026 sempena Karnival Hebatkan Perniagaan Malaysia (HPM) 2026 Edisi Pulau Pinang yang lepas.
Acara itu menarik penyertaan 1,500 peserta terdiri daripada masyarakat setempat, warga KUSKOP, agensi di bawahnya serta rakan media. Turut mencuri tumpuan ialah penyertaan pempengaruh, Pinn Yang. Penyertaan mereka bukan sahaja menyemarakkan suasana larian, malah menambah kemeriahan HPM 2026 Edisi Pulau Pinang yang menghimpunkan usahawan dan komuniti melalui pelbagai program serta aktiviti.
Pelepasan peserta disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Sri Khairul Dzaimee Daud, Ketua Setiausaha KUSKOP, diiringi oleh YBhg. Datuk Saidatu Akhma Hassan, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Keusahawanan) KUSKOP serta YBrs. Ir. Shahrul Arizan Mohamad Adnan, Ketua Pegawai Operasi UDA Land (North) Sdn Bhd. Turut hadir memeriahkan sesi pelepasan peserta ialah YBrs. Tuan Haji Rahman Din, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Pemantauan) KUSKOP.
YBrs. Encik Ir. Shahrul Arizan Mohamad Adnan berkata, “Fun Run 2026 menjadi antara tarikan utama HPM 2026 bagi menggalakkan kehadiran pengunjung daripada pelbagai lapisan masyarakat. Selain menyertai aktiviti riadah, mereka juga berpeluang mengenali usahawan tempatan, produk serta perkhidmatan yang ditawarkan, di samping meneroka peluang keusahawanan menerusi KUSKOP dan agensi di bawahnya.”
“HPM menyediakan pengalaman yang bermanfaat untuk seisi keluarga. Anak-anak dapat mengenali dunia keusahawanan sejak awal, manakala ibu bapa boleh mendapatkan maklumat serta menikmati pelbagai pengisian termasuk Jualan MADANI, bual bicara keusahawanan, aktiviti keluarga dan tawaran produk usahawan tempatan.”
“Bersempena HPM 2026 Edisi Pulau Pinang, UDA turut membuka reruai untuk mengetengahkan pembangunan hartanah kami, termasuk Eight & Eight Condominium di Tanjung Tokong serta Amaanee Residences @ Wakaf Seetee Aisah di Seberang Jaya. Pengunjung boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai pilihan kediaman UDA yang memenuhi keperluan pelbagai segmen pembeli,” katanya.
Fun Run 2026 menawarkan dua kategori larian iaitu 2.5 dan 5 kilometer selain aktiviti pemanasan badan, zumba dan aerobik. Setiap peserta menerima kit penyertaan yang mengandungi baju larian jenis dry fit, nombor bib, pingat larian, e-sijil penyertaan, beg serta makanan dan minuman ringan. Peserta juga dapat menyertai cabutan bertuah dengan pelbagai hadiah termasuk perkakas elektrik, basikal, dan kerusi lipat.
Untuk maklumat lanjut, layari www.uda.com.my atau ikuti UDA Holdings Berhad di Instagram (@uda_official) dan Facebook (UDA Holdings Berhad).

TAMAT 

UDA HOLDINGS BERHAD 

 

Ditubuhkan pada 1971, UDA Holdings Berhad (UDA) yang dahulu dikenali sebagai Perbadanan Pembangunan Bandar atau Urban Development Authority, kini merupakan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di bawah seliaan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP). 

Selama 55 tahun, UDA terus memacu pemerkasaan pemilikan hartanah khususnya dalam kalangan bumiputera dan komited mencorakkan, membentuk serta memodenkan bandar-bandar utama di Malaysia. 

UDA turut memainkan peranan penting mendukung pemerkasaan sosioekonomi bumiputera dalam melahirkan usahawan yang mampan, berpotensi maju, berdaya tahan serta mampu bersaing di pasaran domestik dan antarabangsa. 

Sebagai antara organisasi yang berdaya saing dan mampan di Malaysia, UDA memfokuskan kepada empat perniagaan teras iaitu pembangunan hartanah (UDA Property), pelaburan dan pengurusan harta termasuk pengurusan pusat beli-belah (UDA PIM), hospitaliti (AnCasa Hotels & Resorts) serta pengurusan fasiliti (UDA Dayaurus). 

UDA juga konsisten memenuhi misi memberikan produk dengan nilai terbaik seterusnya kekal mampan menerusi aspirasi ‘Memenuhi Impian’ sebagai tunggak utama bagi semua rangkaian perniagaan UDA di seluruh Malaysia, demi kesejahteraan serta masa depan generasi hari ini dan akan datang. 

Sebarang pertanyaan media, sila hubungi: 

 

Radziah Mohamed Fadzil 

| radziah@udanet.com  

| +6017 337 7630 

Nisa Kamaruzaman 

| n.hanisah@udanet.com 

| +6013 597 4264 

 

Bahagian Komunikasi Korporat Kumpulan Tingkat 6, Blok Menara, Kompleks Pertama, 

Jalan Tuanku Abdul Rahman, 50100 Kuala Lumpur Tel: +603 2730 8500 | Fax: +603 273


Download
  • Messenger