SIARAN MEDIA
UDA RAI PEMENANG CABUTAN MERDEKA BONANZA MEMENUHI IMPIAN 2026
Pembeli Residensi Akasia Raya teruja bawa pulang Proton e.MAS 5
KUALA LUMPUR, 9 September 2026 – UDA Holdings Berhad (UDA), syarikat pembangunan hartanah dan pengurusan aset yang merupakan sebuah agensi di bawah seliaan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), meraikan pemenang Cabutan Merdeka Bonanza Memenuhi Impian 2026 di Proton e.MAS Old Klang Road, baru-baru ini.
Hadir pada sesi itu ialah pemenang hadiah utama Cabutan Merdeka iaitu Encik Lim Eng Seng, 37 yang merupakan pembeli Residensi Akasia Raya bersama tiga lagi pemenang ganjaran perjalanan MHflypass Zon 3 iaitu Encik Ahmad Najah Mohamad Salleh, 29, Encik Khairil Sarip, 42 dan Encik Khairul Iman Nazari, masing-masing pembeli Residensi Akasia Raya.
Encik Lim yang juga seorang ahli farmasi di hospital kerajaan menzahirkan rasa gembira atas kemenangan itu kerana menyimpan hasrat untuk memiliki kenderaan elektrik (EV).
“Saya sangat teruja kerana memang sudah lama menginginkan sebuah EV. Saya bercadang menggunakannya untuk perjalanan harian di sekitar bandar.” katanya.
Sementara itu, Encik Ahmad Najah yang turut teruja memenangi hadiah cabutan tersebut memilih Residensi Akasia Raya di bawah skim Perumahan Penjawat Awam Malaysia (PPAM) sebagai rumah pertamanya kerana lokasinya yang strategik, berhampiran tempat kerja serta mudah diakses menerusi pengangkutan awam.
“Lokasinya berhampiran tempat kerja dan mempunyai akses kepada pengangkutan awam. Saya agak terkejut dan tidak percaya apabila terpilih memenangi MHflypass kerana memang tidak menjangkakannya. Saya rasa sangat bertuah,” katanya.
Dalam pada itu, Encik Khairul Iman, seorang lagi pemenang MHflypass berkata, lokasi Residensi Akasia Raya yang strategik berhampiran pusat bandar dengan harga yang mampu milik serta rekod prestasi UDA yang baik menjadi faktor utama beliau memilih kediaman pertamanya.
“Saya yakin dengan UDA sebagai pemaju yang mempunyai rekod prestasi yang baik. Kemenangan MHflypass ini memang tidak dijangka dan menjadi nilai tambah kepada pembelian rumah,” katanya.
Seorang lagi pemenang MHflypass, Encik Khairil berkata, pemilihan Residensi Akasia Raya kerana lokasinya yang berhampiran tempat kerja serta keyakinannya terhadap UDA.
“Saya tidak tahu pembelian ini turut memberi peluang menyertai cabutan. Jadi apabila terpilih sebagai pemenang, memang rasa lebih teruja,” katanya.
Bonanza Memenuhi Impian 2026 yang dilancarkan pada 2 September 2026 itu berlangsung sehingga 31 Disember 2026 dan melibatkan 21 pembangunan kediaman dan komersial UDA di seluruh Malaysia.
Antara pembangunan kediaman yang mengambil bahagian ialah Residensi Dedaun, Residensi 38 Bangsar dan Residensi Akasia Raya di Lembah Klang; Amaanee Residences dan Eight & Eight Condominium di Pulau Pinang; Mawar @ Taman Sultan Sallehuddin di Kedah; Taman Sena Permai di Perlis; UDA Heights, UDA Vista, Residensi Mutiara dan Residensi Sedili di Johor; Pelindung Heights dan Sena @ KTGR di Pantai Timur; serta Neu Pendington di Kuching, Sarawak. Hartanah komersial yang mengambil bahagian juga tersedia di pembangunan UDA terpilih di seluruh negara.
Selain berpeluang memenangi hadiah menerusi cabutan bertuah, pembeli yang layak turut menikmati pelbagai manfaat pembelian mengikut projek, termasuk pengecualian atau penyerapan yuran guaman Perjanjian Jual Beli (SPA), pengecualian yuran guaman pinjaman, rebat pembelian, pengecualian yuran pemprosesan serta manfaat lain yang tertakluk kepada terma dan syarat kempen serta pembangunan berkenaan.
Pembeli yang tidak memenangi Cabutan Merdeka serta pembeli baru yang layak berpeluang menyertai Cabutan Ulang Tahun Ke-55 UDA yang dijangka berlangsung pada November 2026 dengan menawarkan sebuah lagi Proton e.MAS 5 dan lima hadiah emas HABIB seberat lima gram setiap satu. Cabutan Hadiah Utama pula akan diadakan pada April 2027 dengan menawarkan 10 emas HABIB seberat lima gram dan sebuah hadiah utama sebuah unit Residensi Dedaun di Bandar Tun Hussein Onn, Cheras, Selangor, bernilai RM508,000.
Untuk maklumat lanjut, layari www.uda.com.my atau ikuti UDA Holdings Berhad di Instagram (@uda_official) dan Facebook (UDA Holdings Berhad).
TAMAT
UDA HOLDINGS BERHAD
Ditubuhkan pada 1971, UDA Holdings Berhad (UDA) yang dahulu dikenali sebagai Perbadanan Pembangunan Bandar atau Urban Development Authority, kini merupakan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di bawah seliaan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP).
Selama 55 tahun, UDA terus memacu pemerkasaan pemilikan hartanah khususnya dalam kalangan bumiputera dan komited mencorakkan, membentuk serta memodenkan bandar-bandar utama di Malaysia.
UDA turut memainkan peranan penting mendukung pemerkasaan sosioekonomi bumiputera dalam melahirkan usahawan yang mampan, berpotensi maju, berdaya tahan serta mampu bersaing di pasaran domestik dan antarabangsa.
Sebagai antara organisasi yang berdaya saing dan mampan di Malaysia, UDA memfokuskan kepada empat perniagaan teras iaitu pembangunan hartanah (UDA Property), pelaburan dan pengurusan harta termasuk pengurusan pusat beli-belah (UDA PIM), hospitaliti (AnCasa Hotels & Resorts) serta pengurusan fasiliti (UDA Dayaurus).
UDA juga konsisten memenuhi misi memberikan produk dengan nilai terbaik seterusnya kekal mampan menerusi aspirasi ‘Memenuhi Impian’ sebagai tunggak utama bagi semua rangkaian perniagaan UDA di seluruh Malaysia, demi kesejahteraan serta masa depan generasi hari ini dan akan datang.
Sebarang pertanyaan media, sila hubungi:
|
Radziah Mohamed Fadzil |
| +6017 337 7630 |
|
|
Nisa Kamaruzaman |
| +6013 597 4264 |
Bahagian Komunikasi Korporat Kumpulan Tingkat 6, Blok Menara, Kompleks Pertama,
Jalan Tuanku Abdul Rahman, 50100 Kuala Lumpur Tel: +603 2730 8500 | Fax: +603 273
