UDA Holdings Berhad
Latar Belakang Ditubuhkan oleh kerajaan pada 12 November 1971, Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA) dipertanggungjawabkan untuk mempromosikan rancangan pembangunan Bandar. Selepas 29 tahun dengan kejayaannya memenuhi tanggungjawab yang diberikan, UDA telah diswastakan pada 1 September 1996 dan menjadi UDA Holdings Sdn. Bhd. Usaha untuk memperkenalkan syarikat ini tercapai setelah syarikat ditukar status sebagai sendirian berhad kepada berhad bermula pada Julai 1999, syarikat ini dikenali sebagai UDA Holding Berhad. Syarikat telah tersenarai di papan utama Bursa Saham Kuala Lumpur pada 18 November 1999. Kini, dengan diketuai oleh ahli lembaga yang berpengalaman dan kualiti profesional yang tinggi, UDA komited untuk meningkatkan daya saing dan bersedia untuk memainkan peranan penting dalam sektor pembangunan bandar dengan menyumbang kepada pertumbuhan keusahawanan sejajar dengan aspirasi kebangsaan. Aktiviti- aktiviti utama syarikat adalah pembangunan dalam sektor hartanah sementara akitiviti utama Kumpulan adalah dalam pembangunan hartanah, pengurusan harta dan industri perlancongan. |
Visi & Misi Visi Korporat Menjadi sebuah syarikat hartanah dinamik yang memenuhi aspirasi negara. Misi Korporat Menjadi syarikat hartanah yang terbaik dan berwibawa yang memenuhi kehendak komuniti. Kedudukan Korporat Menjadi syarikat hartanah yang bertimbangrasa, efisien, dinamik dan komited dalam menghasilkan produk berinovatif dan perkhidmatan yang bertaraf tinggi. |
Piagam Pelanggan UDA adalah komited dan bertanggungjawab untuk menguruskan pembangunan hartanah dengan berkesan supaya pembangunan yang dibina menepati kehendak pelanggan, mematuhi keperluan pihak berkuasa dan perundangan. Disamping itu, UDA juga berperanan penting dalam inisiatif menyokong agenda bumiputera termasuk menambah pemilikan hartanah bumiputera di kawasan bandar, membangun usahawan bumiputera berdaya saing dan mengukuhkan modal insan bumiputera. |
Copyright 2011 © UDA Holdings Berhad
CORPORATE SERVICES DIVISION
BB Plaza,Lot 111,
Jalan Bukit Bintang,
55100 Kuala Lumpur.
Tel No : 603-2730 8448
Fax No : 603-2731 2855
E-mail: arcos@udanet.com