SIARAN MEDIA
UDA CERIAKAN ANAK YATIM & ASNAF, BELI KELENGKAPAN RAYA
JOHOR BAHRU, 5 Mac 2026 - UDA Holdings Berhad (UDA), peneraju pembangunan hartanah dan pengurusan aset yang juga agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) menyemarakkan Ramadan dengan menjalankan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) UDA Cares atau UDA Prihatin sempena Program CSR Sinar Ramadan UDA 2026 di Angsana Johor Bahru Mall, di sini, hari ini.
Seramai 100 anak-anak yatim dan asnaf daripada Rumah Perlindungan Fitrah Qaseh Johor diraikan dengan dibawa membeli-belah pakaian dan kelengkapan Aidilfitri bernilai RM350 setiap seorang. Lebih bermakna, mereka turut bersama-sama menikmati jamuan berbuka puasa yang disediakan selain menerima kuih raya sebagai tanda ingatan.
YBrs. Puan Radziah Mohamed Fadzil, Ketua Komunikasi Korporat Kumpulan UDA berkata, “Program UDA yang dilaksanakan menerusi anak syarikat, UDA Angsana Sdn. Bhd. bersama UDA Land (South) Sdn. Bhd. ini merupakan aktiviti tahunan yang dijalankan sejak 2021.
“Hampir RM30,000 zakat wakalah disalurkan bagi pembelian pakaian dan kelengkapan baharu kepada 85 penghuni Rumah Perlindungan Fitrah Qaseh yang berusia antara 12 bulan hingga 28 tahun.
“Sumbangan ini diharap dapat memberikan keceriaan kepada anak-anak agar turut sama menikmati kemeriahan Syawal. Semoga kegembiraan yang dirasai ini terus menjadi inspirasi dan penguat semangat untuk UDA terus berkongsi rezeki kepada mereka yang memerlukan,” katanya.
Jelas YBrs. Puan Radziah, “Seiring dengan aspirasi ‘Memenuhi Impian’ tahun ini, UDA bertekad terus mengukuhkan peranan dalam setiap rangkaian perniagaan serta memperkukuh agenda CSR melalui platform UDA Prihatin demi kesejahteraan masyarakat.
“Sumbangan zakat wakalah yang dilaksanakan menerusi tunggak CSR UDA Prihatin; Memperkasa Kehidupan ini memperkukuh komitmen kepada komuniti yang memerlukan sokongan. Menerusi tunggak ini, UDA menjalankan kewajipan mengagihkan zakat wakalah kepada golongan yang layak di sekitar wilayah pembangunan perniagaan UDA,” kata beliau.
Selain UDA Prihatin; Memperkasa Kehidupan, tiga lagi tunggak utama program UDA Prihatin adalah UDA Prihatin; Pendidikan, UDA Prihatin; Usahawan dan UDA Prihatin; Projek Penambahbaikan yang meliputi pemerkasaan berkaitan menyeluruh dalam kalangan masyarakat dan komuniti.
Program CSR Sinar Ramadan UDA 2026 dihadiri YBrs. Encik Imran Salleh, Ketua Pegawai Operasi Angsana Johor Bahru Mall dan YBrs. Encik Encik Norazim Shukor, Pemangku Ketua Pegawai Operasi UDA Land (South) Sdn Bhd. Hadir sama, barisan pengurusan dan kakitangan UDA yang meraikan dan menyantuni anak-anak tersebut membeli-belah dan berbuka puasa.
Layari www.uda.com.my atau Instagram (@uda_official) dan laman Facebook (UDA Holdings Berhad) untuk info terkini dan jangan lepaskan peluang memiliki hartanah UDA.
TAMAT
UDA HOLDINGS BERHAD
Ditubuhkan pada 1971, UDA Holdings Berhad (UDA) yang dahulu dikenali sebagai Perbadanan Pembangunan Bandar atau Urban Development Authority, kini merupakan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di bawah seliaan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP).
Selama 55 tahun, UDA terus memacu pemerkasaan pemilikan hartanah khususnya dalam kalangan Bumiputera dan komited mencorakkan, membentuk serta memodenkan bandar-bandar utama di Malaysia.
UDA turut memainkan peranan penting mendukung pemerkasaan sosioekonomi Bumiputera dalam melahirkan usahawan yang mampan, berpotensi maju, berdaya tahan serta mampu bersaing di pasaran domestik dan antarabangsa.
Sebagai antara organisasi yang berdaya saing dan mampan di Malaysia, UDA memfokuskan kepada empat perniagaan teras iaitu pembangunan hartanah (UDA Property), pelaburan dan pengurusan harta (UDA PIM), hospitaliti (UDA Hospitaliti) serta pengurusan fasiliti (UDA Dayaurus).
UDA juga konsisten memenuhi misi memberikan produk dengan nilai terbaik seterusnya kekal mampan menerusi aspirasi ‘Memenuhi Impian’ sebagai tunggak utama bagi semua rangkaian perniagaan UDA di seluruh Malaysia, demi kesejahteraan serta masa depan generasi hari ini dan akan datang.
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.uda.com.my. Sebarang pertanyaan media, sila hubungi:
|
Nisa Kamaruzaman |
| +6013 597 4264 |
|
|
Dzaqiatul Syahira Asmapi |
| +6018 375 2208 |
|
|
Ahmad Fadhlullah Adnan |
| +6019 493 2154 |
Bahagian Komunikasi Korporat Kumpulan Tingkat 6, Blok Menara, Kompleks Pertama,
Jalan Tuanku Abdul Rahman, 50100 Kuala Lumpur Tel: +603 2730 8500 | Fax: +603 2731 2855
