SIARAN MEDIA
UDA SERAH KUNCI ARECA TERRACE FASA 4B LEBIH AWAL, SEMUA UNIT HABIS DIJUAL
JOHOR BAHRU, 12 JUN 2026 – UDA Holdings Berhad (UDA), peneraju pembangunan hartanah dan pengurusan aset yang juga agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), berjaya menyerahkan kesemua 153 unit kediaman projek Areca Terrace Fasa 4B lebih awal sekali gus menyaksikan keseluruhan unit projek tersebut habis dijual.
YBrs. Encik Norazim Shukor, Pemangku Ketua Pegawai Operasi UDA Land (South) Sdn Bhd berkata, “Sambutan yang diterima mencerminkan kepercayaan pembeli terhadap produk dan jenama UDA serta keupayaan syarikat dalam menyediakan produk yang berkualiti dan memenuhi kehendak pasaran.”
“Areca Terrace Fasa 4B telah mengetengahkan konsep kediaman moden dan praktikal dengan susun atur ruang yang efisien serta menitikberatkan keselesaan penghuni, sekali gus berjaya menarik minat sebahagian besar pembeli yang terdiri daripada golongan profesional dan keluarga muda yang berumur antara 30 hingga 45 tahun,” kata beliau.
Untuk projek kediaman ini, UDA turut berkolaborasi bersama IKEA Tebrau Johor dalam penghasilan unit contoh bercirikan minimalis dan berfungsi telah menjadi tarikan utama dalam membantu pembeli membuat pilihan.
Majlis penyerahan kunci projek Areca Terrace Fasa 4B diadakan pada 18 hingga 21 Mei lepas. Terletak di lokasi strategik Bandar UDA Utama, kediaman jenis pegangan kekal itu menawarkan 153 unit rumah teres dua tingkat berkeluasan 1,518 kaki persegi dengan empat bilik tidur dan tiga bilik air. Ia turut dilengkapi dengan pelbagai fasiliti seperti taman permainan kanak-kanak dan persekitaran kejiranan yang berpagar.
Pada masa yang sama, Bandar UDA Utama merupakan sebuah pembangunan matang berhampiran institusi pendidikan, kemudahan kesihatan, pusat membeli-belah serta akses terus ke Johor Bahru City Centre, Second Link ke Tuas Singapura, Lapangan Terbang Senai dan Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Johor Bahru.
Dalam pada itu, YBrs. Encik Norazim menambah, “UDA akan terus mengambil langkah proaktif memperkenalkan lebih banyak pembangunan rumah teres dua tingkat yang menekankan susun atur praktikal, reka bentuk kontemporari serta nilai tambah untuk kehidupan berkeluarga,” kata beliau.
Untuk maklumat lanjut, layari www.uda.com.my atau ikuti UDA Holdings Berhad di Instagram (@uda_official) dan Facebook (UDA Holdings Berhad).
TAMAT
UDA HOLDINGS BERHAD
Ditubuhkan pada 1971, UDA Holdings Berhad (UDA) yang dahulu dikenali sebagai Perbadanan Pembangunan Bandar atau Urban Development Authority, kini merupakan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di bawah seliaan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP).
Selama 55 tahun, UDA terus memacu pemerkasaan pemilikan hartanah khususnya dalam kalangan bumiputera dan komited mencorakkan, membentuk serta memodenkan bandar-bandar utama di Malaysia.
UDA turut memainkan peranan penting mendukung pemerkasaan sosioekonomi bumiputera dalam melahirkan usahawan yang mampan, berpotensi maju, berdaya tahan serta mampu bersaing di pasaran domestik dan antarabangsa.
Sebagai antara organisasi yang berdaya saing dan mampan di Malaysia, UDA memfokuskan kepada empat perniagaan teras iaitu pembangunan hartanah (UDA Property), pelaburan dan pengurusan harta termasuk pengurusan pusat beli-belah (UDA PIM), hospitaliti (AnCasa Hotels & Resorts) serta pengurusan fasiliti (UDA Dayaurus).
UDA juga konsisten memenuhi misi memberikan produk dengan nilai terbaik seterusnya kekal mampan menerusi aspirasi ‘Memenuhi Impian’ sebagai tunggak utama bagi semua rangkaian perniagaan UDA di seluruh Malaysia, demi kesejahteraan serta masa depan generasi hari ini dan akan datang.
Sebarang pertanyaan media, sila hubungi:
|
Radziah Mohamed Fadzil |
| +6017 337 7630 |
|
|
Nisa Kamaruzaman |
| +6013 597 4264 |
Bahagian Komunikasi Korporat Kumpulan Tingkat 6, Blok Menara, Kompleks Pertama,
Jalan Tuanku Abdul Rahman, 50100 Kuala Lumpur Tel: +603 2730 8500 | Fax: +603 2731 2855
