SIARAN MEDIA
UDA TERUS PERKASA POTENSI TANAH WAKAF
KUALA LUMPUR, 08 JULAI 2026 – UDA Holdings Berhad (UDA), peneraju pembangunan hartanah dan pengurusan aset yang merupakan sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), proaktif memainkan peranan dalam memajukan tanah wakaf yang berpotensi menerusi pembangunan Amaanee Residences @ Wakaf Seetee Aisah.
YBrs. Encik Ir. Shahrul Arizan Mohamad Adnan, Ketua Pegawai Operasi UDA Land (North) Sdn. Bhd. berkata, “Projek dilancarkan pada Julai 2023 ini dibangunkan di atas tanah wakaf Seetee Aisah, dengan kerjasama di antara Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) dan UDA.”
Menurut beliau, “Projek perumahan ini juga merupakan kesinambungan kejayaan pembangunan Pusat Komersial Wakaf Seetee Aisah dan Taman Wakaf Seetee Aisah yang dibangunkan sebelum ini. Amaanee Residences dijangka siap pada 2027 ini berkonsepkan ketenangan dan kesederhanaan, di samping menekankan aspek keselesaan serta aksesibiliti bagi memenuhi keperluan pembeli masa kini”.
“Pembangunan yang dilaksanakan secara berfasa menerusi pelbagai cabang seperti pusat komersial, rumah wakaf serta perumahan kos sederhana itu tidak hanya terhad dalam memenuhi keperluan masyarakat, namun merupakan sebahagian daripada usaha merealisasikan potensi aset wakaf demi manfaat ummah secara lebih menyeluruh dan mampan”.
“Peranan strategik yang dilaksanakan UDA menerusi beberapa projek pembangunan secara berfasa ini turut berjaya mengangkat potensi tanah wakaf Seetee Aisah sebagai pembangunan yang memberi pulangan yang lebih baik berbanding sebelum ini. Nilai tanah wakaf ini telah meningkat daripada sekitar RM34 juta kepada kira-kira RM42 juta, manakala hasil tahunannya turut meningkat daripada kira-kira RM200 kepada sekitar RM3.36 juta,” katanya.
Jelas YBrs. Encik Ir. Shahrul Arizan, “Peningkatan hasil ini membantu memperluaskan amanah dan hasrat asal pewakaf dalam membantu lebih ramai penerima yang memerlukan menerusi pelbagai bentuk dan impak yang lebih luas”.
Direka bagi memenuhi keperluan pelbagai lapisan masyarakat, apartmen setinggi 40 tingkat ini menawarkan 410 unit kediaman tiga bilik tidur dan dua bilik mandi pada saiz berkeluasan 950 kaki persegi dan 1,100 kaki persegi pada harga bermula RM299,991.
Terletak di Seberang Jaya, Pulau Pinang, projek ini juga menyediakan pelbagai kemudahan seperti kolam renang, gimnasium, taman permainan, taman asuhan kanak-kanak, tempat letak kenderaan berbumbung, dewan serbaguna, bilik pengurusan jenazah serta dilengkapi dengan aspek keselamatan secara berpagar dan berpengawal.
Kediaman moden yang sesuai untuk pembeli rumah pertama dan golongan profesional itu terletak di lokasi yang strategik beberapa minit dari Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE), Lebuhraya Utara-Selatan, Jambatan Pulau Pinang, Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth dan Terminal Pengangkutan Penang Sentral. Ia juga berdekatan dengan pelbagai kemudahan awam dan institusi pendidikan seperti Pusat Transformasi Bandar (UTC) Seberang Perai, Hospital Seberang Jaya, Sekolah Kebangsaan Permatang Pauh, Sekolah Menengah Kebangsaan Seberang Jaya, Politeknik Seberang Perai dan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Permatang Pauh.
Untuk maklumat lanjut, layari www.uda.com.my atau ikuti UDA Holdings Berhad di Instagram (@uda_official) dan Facebook (UDA Holdings Berhad).
TAMAT
UDA HOLDINGS BERHAD
Ditubuhkan pada 1971, UDA Holdings Berhad (UDA) yang dahulu dikenali sebagai Perbadanan Pembangunan Bandar atau Urban Development Authority, kini merupakan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di bawah seliaan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP).
Selama 55 tahun, UDA terus memacu pemerkasaan pemilikan hartanah khususnya dalam kalangan bumiputera dan komited mencorakkan, membentuk serta memodenkan bandar-bandar utama di Malaysia.
UDA turut memainkan peranan penting mendukung pemerkasaan sosioekonomi bumiputera dalam melahirkan usahawan yang mampan, berpotensi maju, berdaya tahan serta mampu bersaing di pasaran domestik dan antarabangsa.
Sebagai antara organisasi yang berdaya saing dan mampan di Malaysia, UDA memfokuskan kepada empat perniagaan teras iaitu pembangunan hartanah (UDA Property), pelaburan dan pengurusan harta termasuk pengurusan pusat beli-belah (UDA PIM), hospitaliti (AnCasa Hotels & Resorts) serta pengurusan fasiliti (UDA Dayaurus).
UDA juga konsisten memenuhi misi memberikan produk dengan nilai terbaik seterusnya kekal mampan menerusi aspirasi ‘Memenuhi Impian’ sebagai tunggak utama bagi semua rangkaian perniagaan UDA di seluruh Malaysia, demi kesejahteraan serta masa depan generasi hari ini dan akan datang.
Sebarang pertanyaan media, sila hubungi:
|
Radziah Mohamed Fadzil |
| +6017 337 7630 |
|
|
Nisa Kamaruzaman |
| +6013 597 4264 |
Bahagian Komunikasi Korporat Kumpulan Tingkat 6, Blok Menara, Kompleks Pertama,
Jalan Tuanku Abdul Rahman, 50100 Kuala Lumpur Tel: +603 2730 8500 | Fax: +603 2731 2855
