• Hari
  • Jam
  • Minit
  • Saat
Karnival UDA

Karnival UDA menampilkan Program Usahawan USHANiaga dan Kempen Hartanah UDARIA di empat (4) lokasi iaitu di Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Johor dan Sarawak.

USHANiaga merupakan antara inisiatif UDA bagi memberi platform kepada usahawan untuk mempromosikan perniagaan mereka dan mendapatkan peningkatan dalam aspek jualan dan pemasaran. Selain itu, karnival ini diadakan bertujuan untuk merangsang pertumbuhan ekonomi dalam kalangan usahawan tempatan dan seterusnya memberi manfaat kepada masyarakat secara keseluruhannya. 

UDARia merupakan platform untuk UDA mempromosikan produk-produk hartanah terbaharu yang sedia ada kepada umum. Terutamanya di lokasi-lokasi terbaharu projek perumahan yang sedang dibangunkan UDA. Program jelajah ini juga dilihat sebagai satu cabang pengenalan pantas atau hebahan terus ke seluruh Malaysia. Bakal-bakal pembeli rumah yang ada di uar sana dapat berurusan secara terus dan mendapatkan rebat serta pakej menarik sewaktu karnival ini dilangsungkan.

TARIKH & LOKASI PROGRAM
  • 26 – 28 Jul 2024

:

Tapak Parkir Gravitas, Pulau Pinang

  • 27 – 29 Sep 2024

:

Bandar Tun Hussein Onn, Selangor

  • 11 – 13 Okt 2024

:

Angsana Johor Bahru Mall, Johor

  • 25 – 27 Okt 2024

:

Tapak Projek Neu Pendington, Kuching, Sarawak

Ada sebarang pertanyaan? Hubungi kami:

📞 +603 2730 8500
gcc@udanet.com
  • Messenger