March
2023

KUALA LUMPUR, 23 Mac 2023 – UDA Holdings Berhad (UDA) mengumumkan pelantikan YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Mohd Annuar Zaini sebagai Pengerusi UDA berkuatkuasa 23 Mac 2023. Beliau dilantik menjadi Pengerusi baharu menggantikan YBhg. Datuk Norliza Abdul Rahim.

Tan Sri Dato’ Seri Mohd Annuar yang memiliki Ijazah Sarjana Perundangan dan Diplomasi dari Tufts University, Amerika Syarikat dan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Memulakan kerjaya dalam perkhidmatan kerajaan sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada tahun 1977. Berkhidmat di beberapa kementerian dan jabatan kerajaan di peringkat Persekutuan serta Kerajaan Negeri Perak. Pada tahun 1999, beliau memilih bersara secara pilihan daripada jawatan kerajaan untuk menceburkan diri dalam sektor swasta.

Beliau dilantik sebagai Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Waqaf Malaysia (pada tahun 2021), Pengerusi MRCB Land Sdn Bhd (pada tahun 2022) dan Pengerusi Metropolitan Utilities Sdn Bhd (sejak 1993).

Beliau pernah diberikan tanggungjawab sebagai Penasihat dan Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (2007-2009), Pengerusi BERNAMA (Februari 2004 - Januari 2010), Pengarah Eksekutif Berjaya Corporation Berhad (2001-2004), Ahli Lembaga Pengarah Malaysia Airline System Berhad (2005-2011), PLUS Expressways Berhad (2007- 2012), Tropicana Corporation Berhad (2010-2015), Ahli Lembaga Pengarah (Bebas dan Bukan Eksekutif) Manulife Holdings Berhad, Manulife Insurance Berhad dan Manulife Investment Management (M) Berhad (2011-2020).

YB Datuk Ewon Benedick, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi berkata, “Kementerian yakin pelantikan Tan Sri Dato’ Seri Mohd Annuar dapat membawa UDA yang merupakan sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi untuk bersama-sama kementerian memperkasa golongan usahawan menerusi segmen perniagaannya dan seterusnya menyokong hasrat kerajaan ke arah pembangunan Malaysia Madani.”

YBhg. Datuk Sr Mohd. Salem Kailany, Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif UDA berkata, “Bagi pihak Ahli Lembaga Pengarah, barisan pengurusan, serta seluruh warga kerja UDA, kami mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan mengalu-alukan pelantikan Tan Sri Dato’ Seri Mohd Annuar dalam menerajui kepimpinan syarikat. Semoga kepimpinan beliau menjadi aspirasi seterusnya memacu kecemerlangan dan kelestarian UDA di masa hadapan,”

Download
  • Messenger