April
2023

JOHOR BAHRU, 3 April 2023 – UDA Holdings Berhad (UDA) peneraju pembangunan hartanah dan pengurusan aset merangkumi pelaburan dan pengurusan harta, hospitaliti serta pengurusan fasiliti yang juga agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) menyalurkan sumbangan zakat kepada anak asnaf dan anak yatim sempena Majlis Berbuka Puasa UDA @ Angsana Johor Bahru Mall, hari ini.

Program tanggungjawab sosial korporat (CSR) UDA Cares pada hari ini menyalurkan sumbangan wang zakat wakalah UDA berjumlah RM31,500 kepada 90 anak asnaf dan anak yatim daripada Rumah Perlindungan Fitrah Qaseh. Setiap seorang menerima sumbangan berjumlah RM350 yang berupa duit raya serta baju raya dan kelengkapan Hari Raya Aidilfitri. Anak-anak tersebut turut berpeluang membeli baju raya serta persiapan menjelang lebaran di Angsana Johor Bahru Mall yang merupakan salah sebuah kompleks beli-belah di bawah seliaan UDA.

Encik Azrudyn Rashid, Ketua Pegawai Operasi Pengurusan Aset Kumpulan UDA mewakili YBhg. Datuk Sr Mohd. Salem Kailany, Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif UDA telah menyempurnakan majlis penyampaian sumbangan tersebut. Beliau diiringi Encik Mohd Nazri Jamiran, Naib Presiden Kanan Bahagian Pelaburan dan Pengurusan Harta UDA, Encik Imran Salleh, Ketua Pegawai Operasi Angsana Johor Bahru Mall dan Encik Muhammad Ismail Dasuki, Ketua Pegawai Operasi UDA Land (South) Sdn Bhd.

YBhg. Datuk Sr Mohd. Salem Kailany, Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif UDA berkata, “Semoga sumbangan ini dapat memberikan makna yang besar buat mereka dan diharapkan ia mampu mengukir senyuman serta keceriaan menjelang Syawal pada tahun ini. Inisiatif UDA Cares ini juga merupakan tanda penghargaan dan terima kasih UDA kepada semua pihak yang sentiasa mempercayai dan menyokong UDA sehingga lima (5) dekad lamanya. UDA akan terus mengukuhkan fungsi dan peranan dalam setiap segmen perniagaannya, seterusnya bergerak ke arah kelestarian atau ‘sustainability’.”

Pada 28 Mac lalu, UDA menghulurkan sumbangan zakat sebanyak RM58,000 kepada lima buah pertubuhan NGO di Lembah Klang serta menyantuni anak asnaf dan anak yatim dalam Majlis Berbuka Puasa UDA Bersama Media di Dome, Boathouse, Ampang.

Inisiatif UDA Cares ini juga selari dengan konsep penjenamaan UDA iaitu ‘LIFE’ yang menekankan kepada ciri-ciri seperti Legacy (Legasi), Integrated (Integrasi), Finesse (Ketelitian) dan Enrich (Memperkasa).

Download
  • Messenger